Friday, January 22, 2010

Saat Perpisahan Cikgu Azli


Suasana suram dan pilu saat selepas bacaan Yasin dan solat hajat berjemaah pada 22 Januari di mana merupakan hari terakhir amanat Cikgu Azli kepada pelajar di mana beliau akan berpindah ke SMK Adela selepas ini.

Pelajar-pelajar dan rakan sekerja semua merasakan satu kehilangan permata yang sangat berharga dari SMK Tanjung Pengelih kerana banyak idea-idea dan program yang hebat-hebat hasil cetusan dari Cikgu Azli untuk para pelajar SMKTP dalam mencapai kecemerlangan Kurikulum. Ini terbukti kerana sejak kehadiran Cikgu Azli juga telah menaikkan lagi nama SMKTP kerana hasil keputusan cemerlang dalam SPM dan PMR yang setiap tahun meningkat.

Sukar mencari seorang pentadbir yang mesra dan toleransi seperti Cikgu Azli yang sentiasa menceriakan suasana persekitaran kerja di SMKTP. Banyak juga pengorbanan yang beliau dari segi harta dan tenaga untuk SMKTP yang hanya tuhan sahaja mengetahui dan mampu membalasnya. Kerana itu SMKTP terasa kehilangan sebutir PERMATA!

Semoga Cikgu  Azli akan bersemangat bekerja di tempat baru. Kenang kami di hati Cikgu Azli biarpun berat hati meninggalkan SMKTP, namun beginilah jalan kehidupan yang sentiasa penuh cabaran. Kami semua gembira bekerja dengan Cikgu Azli. KAMI WARGA SMKTP SAYANG CIKGU AZLI!!

Wednesday, January 6, 2010

Minggu Orientasi Tingkatan 1



 
 

Minggu Orientasi Tingkatan 1 telah selesai dan program 3 hari tersebut mencapai objektif dalam melahirkan pelajar yang dapat mengenali dan menyintai sekolah. Tahniah kepada pemenang dalam pertandingan yang dianjurkan semasa orientasi.

Terima kasih juga kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Segala jasa dan pengorbanan anda amat dihargai. Nyanyian Lagu Bangsa Johor dengan betul juga telah diserapkan atas bimbingan En Azhar Bin Husin. Semoga anak-anak pelajar tingkatan 1 ini akan menjadi warga sekolah yang cemerlang dan membanggakan SMKTP.

Monday, January 4, 2010

Perhimpunan Hari Pertama 2010


Perhimpunan Hari Pertama 2010 bersama pegawai PPD Kota Tinggi En Ali Bin Osman merupakan pegawai angkat bagi SMKTP Di pagi perhimpunan beliau menyampaikan beberapa amanat dan selepas itu membuat sedikit pemantauan dalam kelas.

Perhimpunan hari ini juga membawa erti kerana kejayaan SMKTP atas kecemerlangan PMR membuatkan SMKTP berada pada tempat yang ke-51 antara SMK negeri Johor dan dan yang ke-4 dalam Kota Tinggi. En Azli Bin Jopri juga telah menyampaikan dan penerangan mengenai program kecemerlangan untuk sekolah dan di akhiri amanat serta ulasan tuan pengetua En Aswan Bin Pardi yang akan bersara pada Februari ini.
 

Friday, January 1, 2010

Pendaftaran Tingkatan 1 [ 01 Januari 2010 ]


Pada 01 Januari 2010 merupakan Pendaftaran Tingkatan 1 di SMKTP. Syukur sesi pendaftaran berjalan dengan lancar dan diucapkan terima kasih kepada ibubapa yang telah meluangkan masa mendaftarkan anak mereka di SMKTP.

Semoga anak-anak pelajar SMKTP akan menjadi pelajar cemerlang yang mampu membalas jasa ibubapa mereka dan mampu membahagiakan ibubapa mereka. Kepada pelajar tingkatan 1 tahun 2010 kami ucapkan SELAMAT DATANG KE SEKOLAH MENENGAH! Harungi kehidupan ini dengan kejayaan...


Taklimat Pendaftaran oleh Pengetua & GPK HEM