Friday, January 22, 2010

Saat Perpisahan Cikgu Azli


Suasana suram dan pilu saat selepas bacaan Yasin dan solat hajat berjemaah pada 22 Januari di mana merupakan hari terakhir amanat Cikgu Azli kepada pelajar di mana beliau akan berpindah ke SMK Adela selepas ini.

Pelajar-pelajar dan rakan sekerja semua merasakan satu kehilangan permata yang sangat berharga dari SMK Tanjung Pengelih kerana banyak idea-idea dan program yang hebat-hebat hasil cetusan dari Cikgu Azli untuk para pelajar SMKTP dalam mencapai kecemerlangan Kurikulum. Ini terbukti kerana sejak kehadiran Cikgu Azli juga telah menaikkan lagi nama SMKTP kerana hasil keputusan cemerlang dalam SPM dan PMR yang setiap tahun meningkat.

Sukar mencari seorang pentadbir yang mesra dan toleransi seperti Cikgu Azli yang sentiasa menceriakan suasana persekitaran kerja di SMKTP. Banyak juga pengorbanan yang beliau dari segi harta dan tenaga untuk SMKTP yang hanya tuhan sahaja mengetahui dan mampu membalasnya. Kerana itu SMKTP terasa kehilangan sebutir PERMATA!

Semoga Cikgu  Azli akan bersemangat bekerja di tempat baru. Kenang kami di hati Cikgu Azli biarpun berat hati meninggalkan SMKTP, namun beginilah jalan kehidupan yang sentiasa penuh cabaran. Kami semua gembira bekerja dengan Cikgu Azli. KAMI WARGA SMKTP SAYANG CIKGU AZLI!!

0 comments:

Post a Comment