Wednesday, March 3, 2010

Kejohanan Olahraga Mini SMKTP 2010

03 Mac 2010 - Kejohanan Olahraga Mini SMKTP 2010 selamat diadakan dalam suasana yang cukup meriah dan berjalan dengan lancar. Tergambar kesemuan warga SMKTP cukup seronok menjayakan kejohanan kali ini.

Buat pasukan KD Jebat, TAHNIAH atas kejayaan mendapat johan keseluruhan pada tahun ini. Bagi rumah sukan yang lain, berusaha lebih lagi pada tahun akan datang. Tahniah juga pada KD Lekir atas kesungguhan mereka kerana memenangi persembahan kontijen terbaik atas undian dari 3 pihak dari KDSI.

Majulah sukan untuk SMKTP dan NEGARA!

Sunday, February 28, 2010

Sukan Awal & Raptai Kejohanan Olahraga Mini SMKTP 2010

Pada 01 Mac 2010 telah diadakan sukan awal dan raptai untuk Olahraga Mini SMKTP. segalanya berjalan dengan lancar dan jayanya. Kerjasama dari semua pihak turut melancarkan segala apa yang dirancangan.

Persiapan juga dirancang dengan teliti agar perjalanan acara pada 02 Mac 2010 nanti akan berlangsung dengan lancar. Bersiap sedia semua rumah pasukan, buktikan kebolehan anda dan berjuang sehingga mendapat pingat!

Saturday, February 6, 2010

Merentas Desa SMKTP


Merentas Desa SMKTP telah selamat dijalankan pada 06 Februari 2010 setelah beberapa kali tertangguh akibat dari sebab yang tidak dapat di elakkan. tahniah atas kejayaan rumah KD Tuah kerana telah membolot kejuaraan keseluruhan merentas desa kali ini.

Semoga di tahun hadapan, usaha lebih kepada rumah-rumah KD yang lain untuk bergelar juara. Siapa juara 2010? KD Tuah memang HEBAT!! Tahniah buatmu semua pelajar KD Tuah Atas daya usaha anda menghabiskan larian. Tidak lupa jua kepada semua pelajar atas kesungguhan menjayakan program ini. Anda yang terbaik dari ladang...

Friday, February 5, 2010

Selamat Bersara Tuan Pengetua - En Aswan Bin Pardi


Majlis Persaraan Tuan Pengetua pada 04.02.2010 sempena persaraan beliau pada 05.02.2010 telah selamat berlangsung dengan meriah dan penuh gemilangnya. Daya usaha semua warga SMKTP dan semangat dari Pengerusi KEBIRUS iaitu En Muliade Bin Umat@Bidin untukmengadakan majlis yang paling bermakna buat En Aswan Bin Pardi di hari terakhir beliau berkhidmat di SMKTP.

Majlis juga meriah dengan kesudian pegawai-pegawai VIP kita iaitu Kept Musa Bin Md Yusof TLDM, Lt Kdr Isa Bin Ahmad TLDM, En Zakaria Bin Yusof Pegawai PPDKT, semua Pengetua, warga SMKTP dan yang paling bermakna atas kesudian En Azli Bin Mohd Jopri turut serta dalam majlis yang penuh meriah dan nostalgia ini.

Seorang pengetua yang cukup disenangi oleh pekerja bawahannya, seorang yang ramah, mesra dan mudah bertoleransi sehingga kami merasakan selesa di bawah pentadbiran beliau sebagai seorang ketua.

Semoga selepas ini En Aswan dapat meluangkan lebih masa bersama keluarga tercinta dan ke arah kehidupan yang lebih sempurna dunia akhirat. Selepas ini kami warga SMKTP pasti akan merindui En Aswan...

Wednesday, February 3, 2010

Latihan Merentas Desa


Hari ini merupakan latihan merentas desa untuk persedian acara penuh Merentas Desa SMK Tanjung Pengelih pada 06 Februari 2010. Dengan penuh semangat dan teruja pelajar-pelajar bersedia untuk menjalani latihan demi memastikan stamina untuk acara rasminya nanti.

Kita tunggu acara Merentas Desa pada Sabtu ini. Kita lihat rumah KD mana yang akan menang dan hebat? Tunggu dan lihat....

Latihan Untuk Majlis Perpisahan Tuan Pengetua Yang Tersayang

Hari yang cukup sibuk bagi guru-guru demi menjayakan 04 Februari 2010 iaitu merupakan Majlis Persaraan khas untuk tuan Pengetua SMK Tanjung Pengelih yang akan bersara pada 05 Februari 2010 setelah genap umur beliau 55 tahun. Pada hari ini latihan penuh dalam menjayakan majlis persaraan ini agar dapat berjalan dengan lancar esok hari.

Persembahan oleh pelajar-pelajar dan jemputan VIP akan menjayakan majlis ini esok hari. Semoga majlis ini akan menjadikan suatu kenangan indah yang terpahat dalam memori Tuan Pengetua yang disayangi apabila bersara nanti.

Friday, January 22, 2010

Saat Perpisahan Cikgu Azli


Suasana suram dan pilu saat selepas bacaan Yasin dan solat hajat berjemaah pada 22 Januari di mana merupakan hari terakhir amanat Cikgu Azli kepada pelajar di mana beliau akan berpindah ke SMK Adela selepas ini.

Pelajar-pelajar dan rakan sekerja semua merasakan satu kehilangan permata yang sangat berharga dari SMK Tanjung Pengelih kerana banyak idea-idea dan program yang hebat-hebat hasil cetusan dari Cikgu Azli untuk para pelajar SMKTP dalam mencapai kecemerlangan Kurikulum. Ini terbukti kerana sejak kehadiran Cikgu Azli juga telah menaikkan lagi nama SMKTP kerana hasil keputusan cemerlang dalam SPM dan PMR yang setiap tahun meningkat.

Sukar mencari seorang pentadbir yang mesra dan toleransi seperti Cikgu Azli yang sentiasa menceriakan suasana persekitaran kerja di SMKTP. Banyak juga pengorbanan yang beliau dari segi harta dan tenaga untuk SMKTP yang hanya tuhan sahaja mengetahui dan mampu membalasnya. Kerana itu SMKTP terasa kehilangan sebutir PERMATA!

Semoga Cikgu  Azli akan bersemangat bekerja di tempat baru. Kenang kami di hati Cikgu Azli biarpun berat hati meninggalkan SMKTP, namun beginilah jalan kehidupan yang sentiasa penuh cabaran. Kami semua gembira bekerja dengan Cikgu Azli. KAMI WARGA SMKTP SAYANG CIKGU AZLI!!