Friday, February 5, 2010

Selamat Bersara Tuan Pengetua - En Aswan Bin Pardi


Majlis Persaraan Tuan Pengetua pada 04.02.2010 sempena persaraan beliau pada 05.02.2010 telah selamat berlangsung dengan meriah dan penuh gemilangnya. Daya usaha semua warga SMKTP dan semangat dari Pengerusi KEBIRUS iaitu En Muliade Bin Umat@Bidin untukmengadakan majlis yang paling bermakna buat En Aswan Bin Pardi di hari terakhir beliau berkhidmat di SMKTP.

Majlis juga meriah dengan kesudian pegawai-pegawai VIP kita iaitu Kept Musa Bin Md Yusof TLDM, Lt Kdr Isa Bin Ahmad TLDM, En Zakaria Bin Yusof Pegawai PPDKT, semua Pengetua, warga SMKTP dan yang paling bermakna atas kesudian En Azli Bin Mohd Jopri turut serta dalam majlis yang penuh meriah dan nostalgia ini.

Seorang pengetua yang cukup disenangi oleh pekerja bawahannya, seorang yang ramah, mesra dan mudah bertoleransi sehingga kami merasakan selesa di bawah pentadbiran beliau sebagai seorang ketua.

Semoga selepas ini En Aswan dapat meluangkan lebih masa bersama keluarga tercinta dan ke arah kehidupan yang lebih sempurna dunia akhirat. Selepas ini kami warga SMKTP pasti akan merindui En Aswan...

0 comments:

Post a Comment