Sunday, December 27, 2009

Alumni SMK Tanjung Pengelih - Menyatukan Mantan Warga SMKTP!




Alumni SMKTP diwujudkan dengan harapan dapat menyatukan dan mendekatkan semula SMKTP di hati bagi mantan warga SMKTP. Dengan penuh harapan agar hubungan bersama SMKTP tidak akan terputus biarpun telah berjauhan, namun masih boleh mengetahui dan mendekati SMKTP melalui Alumni SMKTP. Biarpun jauh beribu batu, SMKTP masih tetap di hati. Inilah kekasih nostalgia anda yang sentiasa mekar dalam ingatan.

Oleh sebab itu, pihak sekolah cuba mengumpulkan semua bekas pelajar, guru dan staf melalui alumnil ini agar memudahkan perhubungan dan pertautan pencarian. Khas kepada warga SMK Tanjung Pengelih, bekas pelajar, bekas guru dan sesiapa saja yang berkaitan. Ini wilayah komuniti anda.

Suatu usaha yang murni oleh pihak sekolah dan hasil keprihatinan pentadbiran sekolah dalam memberikan sesuatu yang segar kepada mantan SMKTP. semoga usaha ini dapat melebarkan dan mengeratkan lagi hubungan seluruh warga SMKTP.

0 comments:

Post a Comment