Sunday, December 27, 2009

Lahirnya Web Portal SMK Tanjung Pengelih


Setelah sekian lama menanti, akhirnya usaha untuk membina laman web SMK Tanjung Pengelih akhirnya terlaksana jua. Setelah berhempas pulas menimba ilmu sedikit demi sedikit dengan semangat untuk maju ke depan, biarpun hanya berbekal dengan ilmu ICT yang sedikit, maka pada Disember 2009 lahirnya www.smktanjungpengelih.edu.my sesuatu yang cukup membanggakan mampu membuktikan SMKTP tidak ketinggalan dari segi dunia teknologi  maklumat dan komunikasi, sudah tentu kita tidak mahu ketinggalan dalam era globalisasi ini.

Kini SMKTP melangkah setapak ke depan lagi. Persaingan yang sihat. dan membuka mata nun jauh di sana di seluruh dunia.. ayuh sekolah di hujung tanjung, jangan biarkan dirimu tertinggal jauh ke belakang di dalam dunia teknologi maklumat dan komunikasi! Kini dunia mampu melihat SMKTP... hanya di hujung jari sahaja!

0 comments:

Post a Comment