Wednesday, December 30, 2009

Mesyuarat Telah Bermula


Mesyuarat telah bermula, tanda sekolah akan dibuka tidak lama lagi. Tugas-tugas baru sedang menanti pada tahun 2010 dan cabaran baru juga untuk menghasilkan warga SMKTP yang cemerlang dari segi pendidikan dan sahsiah.

29 Disember 2009 - Mesyuarat Guru & Bengkel Aset
30 Disember 2009 - Mesyuarat JK Unit Kurikulum & Panatia
31 Disember 2009 - Mesyuarat JK Unit HEM & Unit Kokurikulum

Terima kasih juga kepada penaja makanan kami sewaktu mesyuarat iaitu Izan Supplier, Cikgu Hafis ( Jutawan Sekejap ) & Cikgu Syed ( Jutawan Senyap ). Semoga penaja kami dimurahkan rezeki dan diberkati kehidupan ini, amin.

Tuesday, December 29, 2009

Baju Baru Kokurikulum Hampir Kehabisan Stok



 Baju Unit Kokurikulum yang terbaru nampaknya mendapat sambutan hangat dan dijangkakan akan kehabisan apabila buka sekolah pada bulan Januari nanti. Sewaktu pembukaan koperasi dan pembelian barang persekolahan semalam, ramai pelajar mengambil kesempatan membeli baju unit kokurikulum. Kerisauan bagi Cikgu Norazah akan kehabisan dan tidak sempat untuk pelajar baru (tingkatan 1) beli nanti pada hari pendaftaran Tingkatan 1 , Jumaat iaitu 01 Januari 2010.

Hanya 200 helai baju yang ditempah oleh unit kokurikulum. Cukup menggoda dan menarik baju unit kokurikulum kali ini. DAPATKAN SEKARANG DI KOPERASI SMKTP!

SMKTP Serba Baru Selangkah Ke Hadapan

Hampir tahun 2010, dan semoga dengan kehadiran tahu baru masihi ini akan mencelikkan mata luar bahawa SMKTP kini ke arah peningkatan era globalisasi dengan pentadbiran yang lebih mesra organisasi meningkatakan kualiti.

Kini hasil dari perbincangan dan kesepakatan, pentadbiran SMKTP bersetuju untuk meningkatakan lagi taraf setiap unit dengan mecipta logo tersendiri yang mempunya maksud yang simbolik dan berkaitan dengan unit masing-masing. Semoga dengan usaha ini akan memberikan setiap unit SMKTP lebih nampak ceria dan mantap! Tahniah SMKTP, segalanya serba baru....



 
Logo terbaru Unit Kurikulum, Unit Hal Ehwal Murid & Unit Kokurikulum

Peningkatan Peratus & GPS PMR 2009



TAHNIAH! Itu sahaja ucapan kepada semua para pelajar PMR 2009 SMKTP atas kejayaan memberikan sesuatu yang cukup indah buat SMKTP. Dengan kenaikkan peratus dan GPS PMR 2009 membuatkan SMKTP berada di tempat ke-4 di dalam daerah Kota Tinggi, dan yang ke-52 seluruh Johor.

Semoga SMKTP akan melahirkan pelajar yang cemerlang berterusan dan sekalung TAHNIAH kepada mereka yang mendapat cemerlang :

7A 1B
RIDHWAN BIN MARZAN
MOHD SHAFIQ BIN MOHD YUSOF

7A 1C
MUHAMAD IZWAN BIN NORDIN

PIBG SMKTP Berwajah Baru



2010 semuanya akan kelihatan baru. Begitu juga dengan Persatua Ibu Bapa Dan Guru (PIBG)  SMKTP yang kini telah mencipta logonya tersendiri yang lebih menarik, semenarik persatuannya yang mempunyai identiti tersendiri dan sentiasa menitik beratkan kebajikan pelajar.

PIBG SMK Tanjung Pengelih buat pertama kalinya ditubuhkan pada tahun 2004 dan sehingga kini ia telah berusia hampir 5 tahun kewujudannya. Biarpun masih baru dan dana yang kecil, tetapi dengan kehadiran PIBG ini sedikit sebanyak dapat melancarkan segala program yang dilaksanakan oleh SMKTP.Terima kasih PIBG SMKTP dan pengorbanan AJKnya.

Logo & Ahli Jawatakuasa Baru KEBIRUS



Logo baru dan organisasi baru. Tahun 2010 KEBIRUS SMK Tanjung Pengelih selangkah lagi kehadapan dengan memperkenalkan logo baru dan juga organisasi baru yang di harap akan merancang dan melaksanakan program yang menarik untuk ahli-ahlinya.

Apapun tahniah kepada yang terpilih sebagai ahli jawatankuasa, semoga dapat melaksanakan tugas dengan cemerlang lagi berdedikasi. Nantikan baju baru KEBIRUS dengan logo barunya, yang pastinya baju KEBIRUS pastinya bisa membuatkan mata memandang tertarik. HIDUP KEBIRUS SMKTP!!

Penaung 
Pengetua
En Aswan bin Pardi

Penasihat
Penolong Kanan
En Mohd Azli Bin Jopri

Penolong Kanan HEM
Pn.Hjh Sharifah Ramilah Binti Syed Shekh

Penolong Kanan Kokurikulum
Pn.Hjh Aslina Binti Mohd Khanapi

Pengerusi
Guru Kanan Mata Pelajaran Sains Sosial
Ustaz Muliade Bin Umat@Bidin

Naib Pengerusi
En. Azhar Bin Hussin 

Setiausaha
Pn. Hamimi Binti Mohamad

Bendahari
Junaidah Binti Mohd Salleh

Ahli Jawatankuasa
Sukan dan Rekreasi
Islanizan Bin Kasmoin

Lawatan dan Ekspidisi
En. Zulfikar Amirrudin Bin Aziz @ Abd Aziz

Kerohanian Dan Kemasyarakatan
Pn. Ustz.Roslinda Binti Sabiran

Jamuan dan Keraian
Pn. Maslinda Binti Ibrahim

Kebajikan Dan Perkhidmatan
Pn Fozisuyanti Binti Alil @ Busu

Sunday, December 27, 2009

Alumni SMK Tanjung Pengelih - Menyatukan Mantan Warga SMKTP!




Alumni SMKTP diwujudkan dengan harapan dapat menyatukan dan mendekatkan semula SMKTP di hati bagi mantan warga SMKTP. Dengan penuh harapan agar hubungan bersama SMKTP tidak akan terputus biarpun telah berjauhan, namun masih boleh mengetahui dan mendekati SMKTP melalui Alumni SMKTP. Biarpun jauh beribu batu, SMKTP masih tetap di hati. Inilah kekasih nostalgia anda yang sentiasa mekar dalam ingatan.

Oleh sebab itu, pihak sekolah cuba mengumpulkan semua bekas pelajar, guru dan staf melalui alumnil ini agar memudahkan perhubungan dan pertautan pencarian. Khas kepada warga SMK Tanjung Pengelih, bekas pelajar, bekas guru dan sesiapa saja yang berkaitan. Ini wilayah komuniti anda.

Suatu usaha yang murni oleh pihak sekolah dan hasil keprihatinan pentadbiran sekolah dalam memberikan sesuatu yang segar kepada mantan SMKTP. semoga usaha ini dapat melebarkan dan mengeratkan lagi hubungan seluruh warga SMKTP.

Lahirnya Web Portal SMK Tanjung Pengelih


Setelah sekian lama menanti, akhirnya usaha untuk membina laman web SMK Tanjung Pengelih akhirnya terlaksana jua. Setelah berhempas pulas menimba ilmu sedikit demi sedikit dengan semangat untuk maju ke depan, biarpun hanya berbekal dengan ilmu ICT yang sedikit, maka pada Disember 2009 lahirnya www.smktanjungpengelih.edu.my sesuatu yang cukup membanggakan mampu membuktikan SMKTP tidak ketinggalan dari segi dunia teknologi  maklumat dan komunikasi, sudah tentu kita tidak mahu ketinggalan dalam era globalisasi ini.

Kini SMKTP melangkah setapak ke depan lagi. Persaingan yang sihat. dan membuka mata nun jauh di sana di seluruh dunia.. ayuh sekolah di hujung tanjung, jangan biarkan dirimu tertinggal jauh ke belakang di dalam dunia teknologi maklumat dan komunikasi! Kini dunia mampu melihat SMKTP... hanya di hujung jari sahaja!

Penggal Persekolahan Tahun 2010

KENYATAAN AKHBAR 
MENGENAI PENGGAL PERSEKOLAHAN TAHUN 2010 
Oleh 
Y.BHG. TAN SRI DATO’ HAJI ALIMUDDIN BIN HAJI MOHD. DOM, 
KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA

Selasa, 8 September 2009, bersamaan 18 Ramadan 1430H

Setelah mendapat persetujuan daripada Yang Amat Berhormat Menteri Pelajaran, Kementerian Pelajaran Malaysia telah memutuskan bahawa Penggal Persekolahan bagi sesi persekolahan tahun 2010 akan bermula pada 3 Januari 2010 dan tamat pada 18 November 2010 bagi sekolah-sekolah Kumpulan A, manakala sekolah-sekolah Kumpulan B akan bermula pada 4 Januari 2010 dan tamat pada 19 November 2010.

Jumlah hari persekolahan termasuk cuti am adalah sebanyak 210 hari manakala jumlah cuti penggal adalah 78 hari. Jumlah hari persekolahan sebanyak 210 hari itu memberi ruang kepada semua sekolah untuk menikmati 4 hari Cuti Peristiwa dengan sepenuhnya. Keseimbangan minggu persekolahan dan cuti bagi Penggal 1 dan Penggal 2 adalah seperti berikut:

PERSEKOLAHAN DAN CUTI
PENGGAL 1
PENGGAL 2
Hari Persekolahan
10 minggu
11 minggu
Cuti Sekolah
9 hari
9 hari
Hari Persekolahan
11 minggu
10 minggu
Cuti Sekolah
16 hari
44 hari



Tan Sri Dato’ Haji Alimuddin bin Haji Mohd. Dom
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Kementerian Pelajaran Malaysia
08 September 2009.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------


PENGGAL PERSEKOLAHAN TAHUN 2010

KUMPULAN B
Sekolah-sekolah di Negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Penggal
Cuti Dan Hari
Persekolahan
Mula
Akhir
Bil.
Minggu
Bil.
Hari





1







Hari
Persekolahan

04.01.2010


12.03.2010


10


50

Cuti Pertengahan
Penggal

13.03.2010


21.03.2010


-


9

Hari
Persekolahan

22.03.2010


04.06.2010


11


55

Cuti Pertengahan
Penggal
05.06.2010
20.06.2010
-
16





2




Hari
Persekolahan
21.06.2010
03.09.2010
11
55
Cuti Pertengahan
Penggal
04.09.2010
12.09.2010

-

9
Hari
Persekolahan
13.09.2010
19.11.2010

10


50

Cuti Akhir Tahun
20.11.2010
02.01.2011
-
44
JUMLAH
42
288

     Jumlah Hari Persekolahan Termasuk Cuti Am    :           210
     Jumlah Hari Cuti Penggal                                             :             78

Selamat Datang Ke BLOG SMK Tanjung Pengelih


 
Dalam keghairahan kita berbicara mengenai teknologi maklumat dan komunikasi, sudah tentu kita tidak mahu ketinggalan dalam era globalisasi ini.

Justeru itu, demi bersaingan dengan dunia teknologi maklumat yang semakin pesat maka wujudlah blog SMK Tanjung Pengelih. Diharap dapat menyalurkan informasi terkini berkaitan sekolah kepada para pengunjung dengan cepat. Saya amat mengalu-alukan penyertaan semua pihak untuk berinteraksi, berkongsi idea dan bertukar-tukar pandangan serta cadangan untuk memajukan lagi SMK Tanjung Pengelih.

Biar terletak di hujung tanjung, bukan penghalang untuk SMK Tanjung Pengelih tertinggal dari penguasaan ICT. Malah kini SMK Tanjung Pengelih mampu dikenali di seluruh dunia hanya dari hujung jari anda sahaja. Teruskan Kecerlanganmu SMKTP!!