Sunday, December 27, 2009

Selamat Datang Ke BLOG SMK Tanjung Pengelih


 
Dalam keghairahan kita berbicara mengenai teknologi maklumat dan komunikasi, sudah tentu kita tidak mahu ketinggalan dalam era globalisasi ini.

Justeru itu, demi bersaingan dengan dunia teknologi maklumat yang semakin pesat maka wujudlah blog SMK Tanjung Pengelih. Diharap dapat menyalurkan informasi terkini berkaitan sekolah kepada para pengunjung dengan cepat. Saya amat mengalu-alukan penyertaan semua pihak untuk berinteraksi, berkongsi idea dan bertukar-tukar pandangan serta cadangan untuk memajukan lagi SMK Tanjung Pengelih.

Biar terletak di hujung tanjung, bukan penghalang untuk SMK Tanjung Pengelih tertinggal dari penguasaan ICT. Malah kini SMK Tanjung Pengelih mampu dikenali di seluruh dunia hanya dari hujung jari anda sahaja. Teruskan Kecerlanganmu SMKTP!!

0 comments:

Post a Comment